Wednesday, October 20, 2010

Theory of Planned Behavior is the order of the theoretical reason of action, which takes into account the control of behavior is seen. According to this theory, a person will only perform his intention when he felt able to control the action. Control feels that the perception of difficulty varies according to the behavior. This perception is based on reflection and the experience of a barrier or barriers to perform the behavior. Ajzen (1980) concluded that the importance of perceived control (perceived control) to determine the relationship between attitudes and behavior has been demonstrated in several empirical studies. This study supports the hypothesis that is, those with high control will have a strong intention to perform a certain behavior and will do so when the state deemed appropriate. Both of these theories assume that behavior is the result of the decision noticed for acting in accordance with certain behaviors. For example, if someone should make a choice between two forms of treatment, he will process the information about the treatment. He will take into account the characteristics of the object or situation, in a manner consistent with the behavior and the advantages and disadvantages of such behavior. Everything will be processed by the cognitive. However, there is also a behavior that is spontaneous. This occurs when the motivation and the level of awareness is low.

Teori Tingkah Laku Terancang adalah urutan kepada teori reason of action, iaitu mengambil kira kawalan ke atas tingkah laku yang dilihat. Menurut teori ini, seseorang hanya akan melaksanakan niatnya apabila dia merasakan mampu mengawal pelaksanaan tindakan tersebut. Kawalan yang dirasakannya itu adalah pelbagai mengikut persepsi kesukaran melakukan tingkah laku tersebut. Persepsi ini adalah berdasarkan refleksi pengalaman seseorang dan juga halangan atau rintangan bagi melakukan tingkah laku tersebut. Ajzen (1980) menyimpulkan bahawa, kepentingan kawalan yang dirasakan (perceived control) dalam menentukan hubungan antara sikap dan tingkah laku telah dibuktikan dalam beberapa kajian empirikal. Kajian ini menyokong hipotesis iaitu, mereka yang mempunyai kawalan yang tinggi akan mempunyai niat yang kuat untuk melakukan tingkah laku tertentu dan akan melakukannya apabila keadaan dirasakan sesuai. Kedua-dua teori ini mengandaikan tingkah laku adalah hasil daripada keputusan yang disedari untuk bertindak mengikut gelagat tertentu. Sebagai contoh, apabila seseorang perlu membuat pilihan antara dua bentuk perlakuan, maka beliau akan memproses maklumat tentang perlakuan tersebut. Beliau akan mengambil kira ciri objek atau situasi, sikap yang sesuai dengan gelagat tersebut dan keburukan serta kebaikan atas gelagat tersebut. Semuanya akan diproses secara kognitif. Namun, terdapat juga tingkah laku yang dilakukan secara spontan. Keadaan ini berlaku apabila motivasi dan tahap kesedaran adalah rendah.

No comments:

Post a Comment