Posts

Showing posts with the label Usahawan Bumiputera

Cabaran dan Halangan Membangunkan Usahawan Bumiputera Berjaya

Pendahuluan Keusahawanan di Malaysia bermula sejak awal zaman Kesultanan Melaka lagi apabila penduduk tempatan berurus niaga dengan pedagang asing. Apabila British memerintah Tanah Melayu, mereka telah menukar struktur sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dengan ini, kaum Melayu dilantik pentadbir dan bekerja dalam sektor pertanian, kaum Cina bekerja di lombong dan berniaga, manakala kaum India pula bekerja di sektor perladangan. Hasilnya, kaum cina lebih ke hadapan dalam soal perniagaan berbanding kaum Melayu dan kaum India. Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia mula menyedari betapa pentingnya keusahawanan kepada kaum Individu, masyarakat dan negara dan bagaimana bidang ini menyumbang kepada keamanan negara. Semenjak itu, kerajaan telah memfokuskan kepada keusahawanan sehingga sekarang. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, adalah memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kerajaan tidak ha...