Pembelajaran Dewasa
TINJAUAN LITERATUR 2.0 Pengenalan Bab ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan beberapa aspek penting berkaitan pembelajaran dewasa terutamanya pembelajaran non-formal. Antaranya ialah definisi, tujuan, bentuk dan lokasi, model penyertaan dan teori pembelajaran dewasa. Perbincangan terhadap beberapa aspek dalam pembelajaran dewasa didahulukan pada bab ini bertujuan untuk mendapat kefahaman yang mendalam mengenai pembelajaran di kalangan orang dewasa. Bahagian kedua pula memaparkan pola pembelajaran non-formal berdasarkan dapatan daripada kajian-kajian terdahulu. 2.1 Pembelajaran Dewasa Apakah pembelajaran dewasa? Oleh kerana disiplin pembelajaran dewasa telah lama berkembang (Thomas, 2001) terutamanya di negara-negara Barat (Mohd Azhar et.al, 2004), maka terdapat pelbagai definisi bagi 16 pembelajaran dewasa yang telah dikemukakan oleh para sarjana dalam bidang ini. Menurut Merriam dan Brockett (1997), antara definisi terawal bagi pembelajaran dewasa dikemukaka...