Model Asas Intrapreneurship (Guth dan Gisnberg)

Dalam bidang intrapreneurship terdapat pelbagai conceptual model yang telah dibangunkan bagi menerangkan aspek-aspek penting dalam intrapreneurship. Kebanyakan conceptual model yang telah dibangunkan adalah bagi meningkatkan lagi pemahaman pelbagai isu yang berkaitan dengan proses dan fenomena intrapreneurship. Kebanyakan penyelidik juga menggunakan model ini sebagai garis panduan terhadap penyelidikan mereka.

Model Asas Intrapreneurship (Guth dan Gisnberg)

Guth dan Ginsberg (1990) telah melakukan percubaan yang pertama dalam membentuk model bagi intrapreneurship. Model yang dibangunkan bagi menerangkan sebab-sebab yang dapat mendorong gelagat keusahawanan dalam organisasi. Model ini telah menjadi asas kepada penyelidikan intrapreneurship pada masa kini. Menurut Guth dan Ginsberg (1990) domain intrapreneurship adalah merangkumi dua jenis proses iaitu: inovasi dalaman dan pembaharuan strategik. Komponen utama variables yang dijangkakan akan mempengaruhi intrapreneurship adalah persekitaran, kepimpinan, ciri-ciri organisasi dan prestasi organisasi. Dimensi utama persekitaran adalah persaingan, teknologi, sosial dan politik. Manakala dimensi bagi kepimpinan adalah ciri-ciri pemimpin, nilai yang didukung oleh pemimpin dan gelagat pemimpin. Dimensi ciri-ciri organisasi pula diwakili oleh strategi, struktur, proses teras dan nilai yang didukung oleh organisasi. Akhir sekali dimensi prestasi organisasi diwakili oleh keberkesanan, kecekapan dan kepuasan stakeholder. Menurut penyelidik tersebut, kesemua variables yang disebutkan adalah saling berhubung antara satu sama lain. Penerangan model penyelidik tersebut dapat digambarkan dalam figure 2.1

Source: Guth and Ginsberg (1990)

Dalam model ini, menunjukkan bahawa sebarang perubahan dalam persaingan industri dan teknologi akan membawa kesan kepada persekitaran intrapreneurship. Peluang-peluang bagi mencipta produk dan services yang baru akan dibatasi oleh pembangunan teknologi baru oleh firma pesaing. Oleh itu, peluang dan masalah yang dihadapi akan membawa kepada penciptaan pelbagai kombinasi baru bagi mengekalkan daya saing firma.

Intrapreneurial behaviour dalam organisasi adalah bergantung pada ciri-ciri nilai / kepercayaan dan visi para pemimpin firma.

Organisational form juga mempengaruhi intrapreneurial behaviour. Antaranya adalah, struktur birokratik dan proses pengurusan dalam menggalakkan inovasi dan perubahan dalam organisasi. Terdapat laporan yang dalam literatur yang menunjukkan semakin organik sesuatu struktur maka semakin tinggi tahap penciptaan produk baru yang disumbangkan oleh ahli organisasi.

Prestasi firm juga dapat mempengaruhi intrapreneurial behaviour. Ini kerana inovasi dan perubahan yang radical itu akan meningkat apabila terdapat peningkatan sumber dalam organisasi. Peningkatan sumber organisasi adalah disebabkan oleh peningkatan prestasi firma. Namun prestasi firma juga diancam oleh persekitaran luaran.

Menurut Guth da Gisberg (1990), intrapreneurial behaviour juga akan mempengaruhi prestasi firma. Dalam jangka pendek, prestasi kebanyakan firma selalunya akan menghalang inovasi dan perubahan dalam organisasi. Penerokaan terhadap peluang baru akan mengambil masa beberapa tahun untuk meningkatkan keuntungan keseluruhan firma.

Walau bagaimanapun model ini masih belum diuji sehingga sekarang (Groenewald, 2010). Guth dan Ginsberg (1990) menyatakan bahawa penyelidikan empirikal diperlukan dengan menggabungkan kesan struktur organisasi, sokongan pihak pengurusan dan nilai organisasi terhadap intrapreneurial behaviour.

Integrative Model of Intrapreneurial Behaviour

Model ini dibangunkan oleh Stull (2005) terhadap intrapreneurial behaviour di kalangan pekerja dalam non-profit organisation. Namun model telah meninggalkan faktor persekitaran luaran dan organization context. ini merupakan satu kelemahan yang nyata kerana kebanyakan penyelidik dalam bidang intrapreneurship menyarankan satu model yang dapat mengintergrasikan kesemua faktor luaran dan dalaman organisasi terhadap intrapreneurial behaviour. Oleh itu this current study telah menggabungkan model yang dibangunkan oleh Guth dan Ginsberg (1990) dengan model yang Stull (2005). This current study also telah mengaplikasikan teori planned of behaviour seperti yang disarankan oleh Azjen (2000).

Comments

Popular posts from this blog

Penyelidikan Ex Post Facto

Pembelajaran Dewasa

SAMPLING METHOD