Hubungan antara IB dan IA

Secara umumnya, intrapreneurship adalah suatu fenomena yang menumpukan kepada tingkat inovasi para pekerja (Stull, 2005). Dengan kata lain, ia menumpukan tentang bagaimana para pekerja dapat mengenal pasti dan memburu peluang-peluang yang wujud dalam sesebuah organisasi. Menurut Miller (1983), intrapreneurship adalah suatu fenomena yang memerlukan ahli-ahli organisasi menyumbang idea-idea pembaharuan dalam organisasi secara berterusan, inovatif, dapat mempertimbangkan risiko, mencipta konsep-konsep baru, serta memburu peluang-peluang baru yang mana melangkaui peranan mereka sebagai pekerja. Terdapat kajian-kajian lepas tentang intrapreneurship (e.g Covin & Slevin, 1991; Lumpkin & Dss, 1996; Miller, 1983) telah mendefinisikan keusahawanan dalam organisasi sebagai firm intrapreneurial behaviour. Mereka telah mengkategorikan konsep intrapreneurial behaviour kepada tiga dimensi iaitu; risk taking, innovation dan proactiveness. Mereka berpendapat dimensi-dimensi ini dapat berdiri dengan sendiri. Risk taking merujuk kepada penerokaan terhadap sesuatu peluang baru dengan tidak mengetahui akan hasil penerokaan tersebut (Covin & Slevin, 1991). Innovativeness merujuk kepada kecenderungan terlibat di dalam sesuatu aktiviti dengan cara mengemukakan idea-idea baru yang mana berkemungkinan akan menghasilkan intrapreneurial activities seperti new process, new product atau new services (Lyon, 2000). Proactiveness pula merujuk kepada suatu proses untuk bertindak lebih awal bagi mendapatkan keperluan pada masa depan dengan melakukan perubahan atau cabaran yang akan membawa kepada penciptaan peluang-peluang baru (Lumpkin & Dess, 1996).

Namun, apa yang mengecewakan, kebanyakan daripada dimensi-dimensi intrapreneurial behaviour yang dikaji hanya menggunakan firma sebagai unit analisis. Dengan kata lain, kajian-kajian tersebut hanya menguji tentang bagaimana firm intrapreneurial behaviour dapat menghasilkan intrapreneurial activities. Berdasarkan pendapat Lumpkin dan Dess (1996), walaupun fenomena intrapreneurial behaviour yang dikaji hanya menggunakan firm sebagai unit analisis, namun penyelidik pada masa hadapan seharusnya mengiktiraf peranan individu sebagai key player bagi fenomena tersebut. Menurut mereka para penyelidik pada masa akan datang seharusnya mengkaji kecenderungan dan tindakan para pekerja dalam menjayakan intrapreneurial behaviour. Penyelidik ini berpendapat tanpa kelakuan maka tidak akan berlaku sebarang tindakan atau activities. Dengan kata lain konsep intrapreneurship seharusnya dikaji dari segi kelakuan dan activities para individu pekerja dalam sesebuah organisasi. Ini menunjukkan bahawa construct intrapreneurship dapat dikategorikan kepada dua elemen iaitu intrapreneurial behaviour dan intrapreneurial activities.

Dimensi intrapreneurial behaviour terdiri daripada tiga dimensi iaitu gelagat proaktif, gelagat inovatif dan keberanian mengambil risiko. Kesemua dimensi ini akan membawa kepada kesukarelaan untuk terlibat dalam activities pembaharuan dalam organisasi. Antara activities pembaharuan tersebut adalah sumbangan dari segi idea-idea baru tentang produk, service, proses, sistem, penggunaan teknologi, pentadbiran pasaran dan peluang. Oleh itu, penyelidik-penyelidik lepas seperti Lumpkin dan Dess (1996) berpendapat bahawa para penyelidik intrapreneurship tidak seharusnya meninggalkan elemen behaviour dan activities para pekerja dalam kajian mereka. Oleh itu kajian ini akan menggunakan kedua-dua elemen behaviour dan activities. Kajian ini juga akan membahagikan elemen intrapreneurial behaviour kepada dua bagian iaitu intrapreneurial intention dan intrapreneurial action seperti mana yang dicadangkan oleh Ajzen (2000) dalam Theory of Planned Behaviour.

Menurut Boschee dan McClurg (2003), kedua-dua intrapreneurial behaviour dan intrapreneurial activities akan memberikan kesan yang positif kepada prestasi organisasi. Oleh itu kajian ini akan menumpukan kepada kesan intrapreneurial behaviour dan intrapreneurial activities terhadap prestasi firma. Kajian lepas mendapati terdapat hubungan yang positif antara intrapreneurial activities dan prestasi firma (Guth & Ginsberg, 1990). Berdasarkan dapatan ini maka kajian ini akan menjangkakan dapatan yang sama. Walau bagaimanapun kajian yang dilakukan oleh Guth dan Ginsberg (1990) menggunakan hasil firma, syer pasaran, profitability dan prestasi keseluruhan firma sebagai indicator kepada prestasi firma (Covin & Slevin, 1991; Lumpkin & Dess, 1996). Namun kajian ini akan menggunakan indicator yang agak terkini iaitu seperti yang digunakan oleh Antoncic (2000). Indicator yang digunakan oleh penyelidik ini telah menggunakan growth dan profitability sebagai unit ukuran prestasi firma. Instrument ini telah ini juga telah diuji oleh ramai penyelidik secara empirikal seperti Antoncic dan Hisrich (2007) ; Morris, Kuratko dan Covin (2008). Oleh itu instrument ini mempunyai kekuatan dari segi validity dan reliability.

Kajian ini juga akan menguji bagaimana hubungan antara intrapreneurial behaviour dan intrapreneurial activities berdasarkan model yang dikemukakan oleh Stull (2005). Penyelidik ini telah membangun sebuah model intrapreneurship yang menunjukkan kesan intrapreneurial behaviour terhadap intrapreneurial activities. Beliau telah menjalankan kajian di sebuah non-profit organisation dengan menggunakan structural equal modelling. Dapatan beliau telah mendapati kesan positif intrapreneurial behaviour terhadap intrapreneurial activities. Seterusnya terdapat hubungan yang positif antara intrapreneurial activities dan firm performance. Model Stull (2005) dapat digambarkan seperti dalam figure 2.XXX.

Figure 2.111: Hubungan antara Intrapreneurial Behaviour, Intrapreneurial Activities dan firm performance

Source: Adaptasi dari model yang dikemukakan oleh Stull (2005)

Menurut Stull (2005), intrapreneurship merupakan satu proses penghasilan sesuatu pembaharuan dalam organisasi Proses pembaharuan tersebut bermula dengan gelagat para pekerja. Gelagat ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kecenderungan untuk berkelakuan dan gelagat sebenar yang ditunjukkan. Ini adalah bertepatan dengan teori Planned of Behaviour yang dibangunkan oleh Ajzen (2000) yang mengatakan bahawa seseorang itu tidak akan bertindak tanpa ada mempunyai kecenderungan. Ini menunjukkan bahawa seseorang individu itu akan merancang terlebih dahulu sebelum bertindak. Adakah kajian ini serupa seperti kajian yang dilakukan oleh penyelidik tersebut dalam industri pembuatan? Oleh itu, kajian ini akan membuktikan kebenaran teori ini dalam konteks individu pekerja dalam industri pembuatan di Malaysia. Menurut Morris, Kuratko dan Covin (2008), gelagat para pekerja dipengaruhi oleh organisational context seperti sokongan pengurusan atasan, reward, time/resources availability dan struktur organisasi. Kesemua elemen organisational context ini dijangka akan memberikan kesan terhadap intrapreneurial behaviour. Ini kerana, situasi dalaman organisasi akan menentukan sama ada para individu pekerja dalam sesebuah organisasi itu bersifat proaktif, inovatif dan berani mengemukakan idea-idea inovatif kepada pihak organisasi. Tanpa sokongan dan galakan pihak pengurusan, adalah tidak mungkin para pekerja mempunyai perilaku seperti yang disebutkan.

Intrapreneurial behaviour pula akan memberikan tahap penglibatan para pekerja secara sukarela dalam activities pembaharuan dan penambahbaikan yang dianjurkan oleh pihak organisasi. Menurut Zahra (2004), kebanyakan organisasi pada masa kini telah mengubah rentak dan corak pengurusan dengan memberikan galakan kepada para pekerja untuk menyumbangkan idea-idea baru tentang produk, proses, perkhidmatan, penggunaan teknologi yang lebih cekap, pasaran dan proses pentadbiran syarikat. Kesemua intrapreneurial activities ini dijangka akan memberikan kesan yang positif terhadap firm performance. Namun kajian ini akan menguji kedua-dua intrapreneurial behaviour dan intrapreneurial activities terhadap firm performance. Ini kerana menurut Stull (2005), walaupun terdapat bukti tentang hubungan antara intrapreneurial activities dan firm performance, namun intrapreneurial activities bergantung pada kreativiti para pekerja. Dengan kata lain, ada kemungkinan activities inovasi yang disertai oleh para pekerja tidak menyumbang ke arah peningkatan prestasi firma kerana masalah kemahiran dan pengetahuan yang ada kepada para pekerja. Sesuatu idea yang disumbangkan mungkin kreatif tetapi tidak dapat dikomersialkan.

Namun terdapat banyak bukti yang menunjukkan hubungan yang positif antara intrapreneurial behaviour dan firm performance (Antoncic, 2007; Morris, Kuratko & Covin, 2008). Ini kerana walaupun tiga dimensi intrapreneurial behaviour terutamanya iaitu gelagat proaktif dan inovatif dapat menyumbang ke arah peningkatan prestasi firma. Misalnya gelagat proaktif dapat menyumbang ke arah kelancaran proses pengeluaran firma kerana para pekerja yang proaktif akan bertindak ke depan tanpa disuruh bagi membaiki sebarang kecacatan dalam proses pengeluaran. Ini adalah satu gelagat yang dapat menyumbang ke arah peningkatan prestasi firma.

Comments

Popular posts from this blog

Penyelidikan Ex Post Facto

Pembelajaran Dewasa

SAMPLING METHOD