About Research: Chapter 8: Tool of Research

Chapter 8: Tool of Research

Dalam kajian ini telah menerangkan peranan pengukuran dalam sesuatu penyelidikan. Ia juga membincangkan tentang bagaimana mengakses sumber-sumber yang ada seperti Mental Measurement Yearbook dan Test in Print bagi mendapatkan maklumat tentang keperluan menilai ujian-ujian piawai dan alatan pengukuran yang lain. Di dalam bab ini juga membincangkan perbezaan antara ujian dan skala yang ada. Selain itu terdapat juga perbincangan tentang perbezaan tentang ujian norm-referenced dan criterion-referenced. Perbincangan juga dilanjutkan terhadap perbezaan antara kepintaran dan pencapaian.

Selain itu di dalam bab ini ada membincangkan tentang kesan ceiling dan kesan lantai serta membangkitkan tentang kepentingan konsep ini di dalam penyelidikan. Perbincangan tentang skala Likert juga diterangkan bagi mengukur sikap. Ia juga cuba mendefinisikan alatan bagi mengukur penilaian dan membincangkan kelebihan dan kekurangan alatan tersebut. Tidak lupa juga perbincangan tentang ciri-ciri skala bipola adjective. Apa yang menarik di dalam bab ini, adalah perbincangan tentang beberapa ralat yang sering berlaku bagi membangunkan skala-skala rating. Di samping itu perbincangan tentang kelebihan dan kekurangan self report bagi mengukur personality juga dimasukkan di dalam bab ini. Ia juga menyenaraikan lima panduan bagi penyelidik ketika menjalankan pemerhatian terus di dalam teknik pengumpulan data. Bab ini juga membincangkan tentang pengenalpastian situasi semasa menjalan ujian serta memberitahu bila ia patut digunakan di dalam sesuatu penyelidikan. Tidak lupa juga perbincangan tentang ciri-ciri teknik projective serta nama-nama teknik projective yang sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan.

Satu daripada tugas penyelidik dalam sains gelagat adalah memilih dan membangunkan lat kajian bagi sesuatu pengukuran. Kajian-kajian penyelidikan adalah bergantung pada instrument yang digunakan di dalam pengutipan data. Terdapat pelbagai ujian, skala, dan inventori bagi mengutip data di dala penyelidikan terutamanya penyelidikan kuantitatif. Penyelidik perlu berhati-hati terhadap kekuatan dan kekangan yang ada pada alat-alat kajian yang bakal digunakan. Mereka hendaklah menggunakan alat-alat kajian yang terbaik. Jika alat kajian yang bersesuaian telah sedia ada di bangunkan oleh penyelidik terdahulu, maka adalah lebih baik ia dipilih bagi digunakan dalam kajian yang hendak dilakukan. Ia adalah lebih baik dari membangunkan alat kajian yang baru. Banyak kelebihan yang ada terutamanya dari segi kesahan, kebolehpercayaan dan penjimatan masa penyelidikan.

Ujian adalah satu set alat rangsangan individu bagi membangkitkan maklum-balas yang biasanya menggunakan skor nombor. Antaranya adalah ujian pencapaian bagi mengukur pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang yang ada dan ia sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Ujian-ujian pencapaian yang piawai membolehkan penyelidik membandingkan pencapaian bagi sesuatu pencapaian kumpulan rujukan normatif. Ujian juga mungkin dapat diklasifikasikan kepada ujian bertulis iaitu dengan menggunakan pensel-kertas atau ujian pencapaian di mana cuba mengukur pengetahuan seseorang (Sama ada ia tahu atau tidak). Ujian kemahiran pula adalah ujian yang digunakan bagi menaksir atau menilai kebolehan verbal dan non-verbal seseorang individu. Manakala ujian personaliti pula adalah ujian yang direka bentuk bagi mengukur ciri-ciri dan pencapaian tipikal atau kebiasaan seseorang individu.

Skala sikap pula adalah merujuk kepada alat-kajian yang digunakan bagi mengukur kepercayaan, perasaan dan reaksi seseorang terhadap sesuatu objek. Jenis skala sikap yang biasa digunakan dalam kajian pendidikan adalah skala Likert dan skala bipolar adjektif.

Skala rating pula digunakan bagi membolehkan pemerhati mendapatkan skor-skor gelagat atau aktiviti bagi sesuatu tugasan. Antara jenis skala rating yang digunakan adalah skala grafik, skala kategori dan skala perbandingan.

Skala rating, checklist, dan sistem kod sering digunakan bagi merekot data dalam terutamanya dalam kajian pemerhatian langsung yang berbentuk kuantitatif. Manakala coding system pula digunakan bagi mengkategorikan gelagat atau kelakuan yang bertepatan dengan seseorang individu pada sesuatu masa yang spesifik.

Comments

Popular posts from this blog

Penyelidikan Ex Post Facto

Pembelajaran Dewasa

SAMPLING METHOD