About Research: Chapter 8: Tool of Research
Chapter 8: Tool of Research
Dalam kajian ini telah menerangkan peranan pengukuran dalam sesuatu penyelidikan. Ia juga membincangkan tentang bagaimana mengakses sumber-sumber yang ada seperti Mental Measurement Yearbook dan Test in Print bagi mendapatkan maklumat tentang keperluan menilai ujian-ujian piawai dan alatan pengukuran yang lain. Di dalam bab ini juga membincangkan perbezaan antara ujian dan skala yang ada. Selain itu terdapat juga perbincangan tentang perbezaan tentang ujian norm-referenced dan criterion-referenced. Perbincangan juga dilanjutkan terhadap perbezaan antara kepintaran dan pencapaian.
Selain itu di dalam bab ini ada membincangkan tentang kesan ceiling dan kesan lantai serta membangkitkan tentang kepentingan konsep ini di dalam penyelidikan. Perbincangan tentang skala Likert juga diterangkan bagi mengukur sikap. Ia juga
Satu daripada tugas penyelidik dalam sains gelagat adalah memilih dan membangunkan lat kajian bagi sesuatu pengukuran. Kajian-kajian penyelidikan adalah bergantung pada instrument yang digunakan di dalam pengutipan data. Terdapat pelbagai ujian, skala, dan inventori bagi mengutip data di dala penyelidikan terutamanya penyelidikan kuantitatif. Penyelidik perlu berhati-hati terhadap kekuatan dan kekangan yang ada pada alat-alat kajian yang bakal digunakan. Mereka hendaklah menggunakan alat-alat kajian yang terbaik. Jika alat kajian yang bersesuaian telah sedia ada di bangunkan oleh penyelidik terdahulu, maka adalah lebih baik ia dipilih bagi digunakan dalam kajian yang hendak dilakukan. Ia adalah lebih baik dari membangunkan alat kajian yang baru. Banyak kelebihan yang ada terutamanya dari segi kesahan, kebolehpercayaan dan penjimatan masa penyelidikan.
Ujian adalah satu set alat rangsangan individu bagi membangkitkan maklum-balas yang biasanya menggunakan skor nombor. Antaranya adalah ujian pencapaian bagi mengukur pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang yang ada dan ia sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Ujian-ujian pencapaian yang piawai membolehkan penyelidik membandingkan pencapaian bagi sesuatu pencapaian kumpulan rujukan normatif. Ujian juga mungkin dapat diklasifikasikan kepada ujian bertulis iaitu dengan menggunakan pensel-kertas atau ujian pencapaian di mana
Skala sikap pula adalah merujuk kepada alat-kajian yang digunakan bagi mengukur kepercayaan, perasaan dan reaksi seseorang terhadap sesuatu objek. Jenis skala sikap yang biasa digunakan dalam kajian pendidikan adalah skala Likert dan skala bipolar adjektif.
Skala rating pula digunakan bagi membolehkan pemerhati mendapatkan skor-skor gelagat atau aktiviti bagi sesuatu tugasan. Antara jenis skala rating yang digunakan adalah skala grafik, skala kategori dan skala perbandingan.
Skala rating, checklist, dan sistem kod sering digunakan bagi merekot data dalam terutamanya dalam kajian pemerhatian langsung yang berbentuk kuantitatif. Manakala coding system pula digunakan bagi mengkategorikan gelagat atau kelakuan yang bertepatan dengan seseorang individu pada sesuatu masa yang spesifik.
Comments
Post a Comment