Model Asas Intrapreneurship (Guth dan Gisnberg)
Dalam bidang intrapreneurship terdapat pelbagai conceptual model yang telah dibangunkan bagi menerangkan aspek-aspek penting dalam intrapreneurship. Kebanyakan conceptual model yang telah dibangunkan adalah bagi meningkatkan lagi pemahaman pelbagai isu yang berkaitan dengan proses dan fenomena intrapreneurship. Kebanyakan penyelidik juga menggunakan model ini sebagai garis panduan terhadap penyelidikan mereka. Model Asas Intrapreneurship (Guth dan Gisnberg) Guth dan Ginsberg (1990) telah melakukan percubaan yang pertama dalam membentuk model bagi intrapreneurship. Model yang dibangunkan bagi menerangkan sebab-sebab yang dapat mendorong gelagat keusahawanan dalam organisasi. Model ini telah menjadi asas kepada penyelidikan intrapreneurship pada masa kini. Menurut Guth dan Ginsberg (1990) domain intrapreneurship adalah merangkumi dua jenis proses iaitu: inovasi dalaman dan pembaharuan strategik. Komponen utama variables yang dijangkakan akan mempengaruhi intrapreneurship adalah ...