Tuesday, December 21, 2010

BAB1: PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN

BAB 1

PENGENALAN KEPADA

KAEDAH PENYELIDIKAN PERNIAGAAN

OBJEKTIF :

Menerangkan apa yang dimaksudkan dengan penyelidikan dan bagaimana ia didefinisikan.

Membezakan antara penyelidikan gunaan dan penyelidikan asas.

Menerangkan hubungan antara pengurus dan penyelidik.

Menerangkan ciri-ciri penyelidikan saintifik dan kekangannya.

Menerangkan perbezaan antara penyelidikan induktif dan penyelidikan deduktif.

Menerangkan peranan atau keperluan etika dalam penyelidikan.

A. PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN SAINTIFIK

Ilmu pengetahuan atau sains (science) merupakan pengetahuan yang diperoleh melalui penyelidikan ilmiah. Kata kunci di sini adalah penyelidikan atau cara memperolehi pengetahuan. Pengetahuan yang diperolehi secara kebetulan belum dikatakan sebagai suatu sains.

Pengetahuan sehari-hari masih merupakan suatu fakta. Beberapa fakta yang dihubungkan dan diperolehi melalui sesuatu perkaitan akan membentuk suatu konsep, yang merupakan suatu abstrak atau deskripsi perkaitan antara fakta. Generalisasi konsep yang dilakukan melalui suatu penyelidikan ilmiah (scientific method) akan membentuk suatu prinsip atau teori.

Penyelidikan saintifik adalah mekanisme atau cara untuk mendapatkan pengetahuan dengan prosedur yang didasarkan pada suatu struktur logik yang dimulakan dengan perumusan masalah, pengumpulan data/maklumat/fakta, analisis data, dan kesimpulan.

Manakala penyelidikan dapat didefinisi sebagai sebagai satu kaedah yang terorganisasi, sistematik, berasaskan data, kritikal, penyiasatan yang saintifik kepada sesuatu masalah yang spesifik yang memerlukan penyelesaian. Ini menunjukkan bahawa di dalam menjalankan penyelidikan, kejujuran, kebenaran dan ketepatan adalah amat dipentingkan. Setiap organisasi pengurusan yang menjalankan penyelidikan adalah bertujuan untuk menumpukan pencapaian matlamat bagi menyelesaikan masalah. Oleh itu adalah amat penting bagi penyelidik mengikuti langkah-langkah kaedah penyelidikan yang ketat dan terorganisasi dengan sempurna agar keputusan penyelidikan tidak dipertikaikan dari segi kebolepercayan dan kesahannya.

Penyelidik mestilah berupaya mengenalpasti sumber maklumat yang berkualiti dan nilai tinggi yang akan mendatangkan hasil yang terbaik untuk sesuatu keputusan yang dihadapi oleh pihak pengurusan.

Oleh itu amatlah penting untuk kita mengetahui maksud saintifik.

Penyelidikan yang saintifik mempunyai matlamat yang terfokus ke arah penyelesaian masalah dan menggunakan langkah-langkah yang logikal, tersusun dan kaedah yang teliti untuk mengenalpasti masalah, mengumpul data, menganalisa data dan membuat kesimpulan yang tepat daripada itu.

Oleh itu penyelidikan saintifik bukanlah semata-mata berdasarkan perasaan, pengalaman, atau pemikiran semata-mata, tetapi ia adalah bermatlamat yang jelas dan dilakukan dengan berhati-hati. Oleh kerana ia dilakukan dengan teliti dan berhati-hati, maka ia menggalakkan mereka yang berminat untuk membuat penyelidikan di dalam sesuatu bidang tertentu untuk memperkembangkan dapatan kajian yang sebelumnya.

Penyelidikan yang dilakukan secara saintifik juga akan membantu penyelidik untuk mendapatkan dapatan kajian yang lebih tepat dan berkeyakinan tinggi. Ini boleh membantu menyelesaikan masalah organisasi yang lain yang mempunyai masalah yang sama. Tambahan pula, penyelidikan saintifik adalah berbentuk objektif, di mana ia membantu pengurus untuk mengenalpasti faktor-faktor yang paling kritikal di tempat kerja yang memerlukan perhatian untuk mengelakkan, mengurangkan atau menyelesaikan masalah pengurusan.

Penyelidikan saintifik boleh digunakan untuk penyelidikan asas mahupun penyelidikan gunaan. Penyelidikan gunaan mungkin boleh atau tidak boleh digeneralisasikan ke organisasi yang lain, bergantung kepada persamaan atau kelainan dari segi faktor saiz, kerja, ciri-ciri pekerja dan struktur organisasi. Walau bagaimanapun, penyelidikan gunaan perlulah tersusun dan proses dilakukan secara sistematik di mana masalah dikenalpasti dengan teliti, data dikumpul dan dianalisakan secara saintifik dan keputusan dibuat secara yang objektif. Jadual 1.2 menunjukkan perbezaan antara penyelidikan saintifik dan penyelidikan bukan saintifik.

Jadual 1.2 : Perbezaan kaedah penyelidikan saintifik dan penyelidikan bukan saintifik.

Penyelidikan Saintifik

Penyelidikan Bukan Saintifik

· Perumusan masalah jelas dan spesifik.

· Masalah merupakan hal yang dapat diamati dan diukur secara empiris.

· Jawapan permasalahan didasarkan pada data.

· Proses pengumpulan dan analisis data, serta pengambilan keputusan berdasarkan logik yang benar

· Kesimpulan siap/terbuka untuk untuk diuji oleh orang lain

A) Perumusan masalah kabur atau abstrak

B) Masalah tidak selalu dapat diukur, dapat saja bersifat supernatural atau dogmatis

C) Jawapan tidak diperoleh dai hasil pengamatan data lapangan

D) Keputusan tidak didasarkan pada hasil pengumpulan dan analisis data yang logik

E) Kesimpulan tidak dibuat untuk diuji-ulang oleh orang lain

a) PENYELIDIKAN DAN PENYELIDIKAN PERNIAGAAN

Sebagai seorang pengurus seseorang itu perlu membuat keputusan pada setiap hari ia bekerja. Bagaimanapun apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang pengurus itu bagi membantunya membuat keputusan? Terdapat berbagai cara bagaimana seseorang pengurus itu membuat keputusan. Adakalanya seseorang pengurus itu membuat keputusan melalui intuisi (gerak hati). Terdapat juga sesetengah pengurus membuat keputusan dengan menggunakan kuasa atau autoriti yang ada.

Kaedah lain untuk membuat keputusan adalah dengan berfikir secara kritis dan berdasarkan kepada pengalaman. Misalnya dengan menjalankan penaakulan secara deduktif dan induktif. Pengurus yang berfikir secara deduktif akan berfikir daripada yang umum kepada yang lebih khusus. Manakala penaakulan secara induktif memerlukan pengurus berfikir daripada suatu perkara yang khusus kepada yang umum bagi dibuat generalisasi. Kaedah deduktif telah lama digunakan iaitu sejak zaman kehidupan ahli falsafah Yunani yang terkenal iaitu Aristoteles. Adakah dengan menggunakan intuisi dan autoriti sahaja sudah mencukupi bagi seseorang pengurus itu memperolehi maklumat dan seterusnya membuat keputusan? Adakah dengan pengalaman yang sedia ada sahaja atau bergantung pada nasib sahaja, seseorang pengurus itu dapat membuat keputusan yang baik? Sudah tentu penyiasatan atau penyelidikan yang sewajarnya patut dilakukan sebelum sesuatu keputusan dilakukan. Tidak kira sama ada seseorang pengurus sedar atau tidak sebenarnya beliau telah melakukan penyelidikan atau penyiasatan untuk mendapatkan jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi olehnya.

Adakalanya masalah yang dihadapi oleh seseorang pengurus itu dapat diselesaikan melalui pengalaman yang sedia ada. Sebagai contoh, bila terdapat mesin yang rosak maka ia akan segera mendapatkan juruteknik bagi membaiki mesin tersebut. Namun demikian, sebahagian masalah tidak dapat diselesaikan melalui pengalaman semata-mata. Kadang-kala ia memerlukan masa dan usaha gigih bagi seseorang pengurus itu menyiasat atau menyelidik punca masalah dan jalan penyelesaiannya. Sebagai contoh, jika wujud masalah ketidakhadiran boleh menjejaskan produktiviti pengeluaran.

Kadang-kala pula terdapat masalah yang lebih besar sehinggakan pengurus sendiri tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Jika perkara ini berlaku, maka ada kemungkinan pengurus memerlukan pakar penyelidikan daripada dalam atau luar organisasi bagi mengenalpasti masalah dan seterusnya mendapatkan jalan penyelesaiannya. Sebagai contoh, seseorang pengurus itu cuba menyiasat mengapakah organisasi yang diterajuinya itu mendapat kerugian yang berterusan sepanjang beberapa tahun.

Apakah Penyelidikan?

Apakah sebenarnya penyelidikan itu? Apabila ditanya berkenaan dengan penyelidikan maka kita selalu membayangkan suatu keadaan di dalam makmal sains yang sedang menguji beberapa bahan kimia di mana terdapat tabung uji, bikar, jenis-jenis cecair dan sebagainya. Kadang-kala pula kita akan terbayangkan bagaimana seseorang pelajar doktor falsafah itu menulis tesis atau disertasinya. Ada juga yang berpendapat penyelidikan itu adalah berkaitan dengan aktiviti pengutipan data melalui soal selidik bagi mendapatkan pandangan orang ramai tentang sesuatu yang baru dilancarkan oleh majikan atau kerajaan. Sebenarnya apa yang dibayangkan itu adalah beberapa perbezaan aspek penyelidikan.

Penyelidikan dalam Bahasa Inggeris ialah “ Re- search” yang bermaksud mencari semula. Manakala dalam bahasa Perancis pula berbunyi “cerchier” yang bermaksud untuk mencari atau menyelidik (to seek or search). Ada beberapa sebab mengapa seseorang manusia itu mencari/menyelidik iaitu:

1. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut.

2. Untuk mendapatkan kebenaran yang terbukti.

3. Untuk membuat penemuan.

Perkataan “re” pula adalah bermaksud “again” atau dalam perkataan lain bermaksud diulang semula bagi mendapatkan kepastian. Ini bermakna sesuatu hukum atau teori itu hanya akan wujud setelah berlaku penyiasatan atau penyelidikan yang dilakukan secara berulang-ulang. Secara yang lebih mendalam lagi ia membawa maksud, satu kajian atau penyiasatan yang lebih mendalam tentang data untuk membuat satu penemuan baru terhadap sesuatu bidang kajian.

Penyelidikan adalah suatu proses yang menghasilkan sesuatu sains yang mana memberi makna usaha yang bersungguh-sungguh dan teratur untuk melakukan pencerapan yang dirancang dan melakukan ujikaji (Salmon & Hanson: 1964). Sesuatu penyelidikan itu perlu melalui penelitian dan analisis situasi tentang sesuatu masalah dan mencari jalan penyelesaiannya. Dengan kata lain, penyelidikan adalah suatu usaha tersusun dan sistematik untuk menyelidiki suatu masalah tertentu yang memerlukan penyelesaian.

Pengurus dalam sesebuah organisasi selalunya akan meneliti dan menganalisis sesuatu isu yang mana tidak dapat tidak, terpaksa terlibat dengan aktiviti penyelidikan bagi membantu mereka membuat keputusan berkenaan dengan sesuatu pekerjaan. Sebagaimana yang kita tahu kadang-kala seseorang pengurus itu selalu membuat keputusan yang baik dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kita juga sering mendengar terdapat pengurus yang selalu membuat keputusan yang salah atau tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jikalau hal ini berlaku, maka kita perlu bertanya atau mengenalpasti beberapa perkara. Pertama, adakah pengurus itu dapat mengenal pasti masalah yang sebenar? Ini kerana pengurus yang gagal adalah pengurus yang tidak dapat mengenal pasti masalah. Apa yang dikenal pasti adalah merupakan symptom bukan masalah. Kedua, adakah pengurus itu mendapatkan faktor-faktor yang relevan dan diperlukan dalam sesuatu penyiasatan? Ketiga, adakah pengurus itu tahu jenis-jenis maklumat yang diperlukan dan bagaimana cara untuk mendapatkannya? Keempat, adakah pengurus itu tahu menggunakan maklumat yang diperolehi bagi menggambarkan jalan penyelesaian yang benar-benar berkesan. Akhir sekali adakah pengurus itu mengetahui cara mengimplimentasikan keputusan yang diperolehi.

Definisi Penyelidikan Perniagaan

Penyelidikan perniagaan adalah satu usaha yang sistematik dan objektif untuk mengumpul, merekod dan menganalisis data untuk membantu para pengurus membuat keputusan dalam perniagaan. Dengan kata lain, penyelidikan perniagaan dapat diterangkan sebagai satu usaha untuk menyiasat masalah secara sistematik dan spesifik melalui maklumat yang diperolehi dengan cara mengorganisasikan usaha untuk mengumpul, merekod dan menganalisa data bagi membantu dalam membuat keputusan perniagaan.

Penyelidik mestilah objektif supaya data yang diperolehi dan dianalisa menjadi tepat. Penyelidik juga mestilah tidak “bias” dalam usahanya untuk membuktikan sesuatu idea. Sebagai contohnya, seorang pemaju yang ingin membangunkan sebuah projek membeli belah di sebuah kawasan yang berprestij. Beliau mahukan suatu laporan kajian untuk membuktikan kepada para peniaga yang berpotensi bahawa kawasan membeli belah itu mempunyai potensi pasaran yang luas.

Oleh kerana soalselidik yang dijalankan hanya di sebuah kawasan perumahan golongan elit, maka hasil penyelidikannya mendapati bahawa peratusan yang tinggi daripada maklumbalas yang diterima ialah permintaan untuk kawasan membeli-belah yang berprestij tinggi. Keputusan yang diterima adalah sangat mengelirukan dan perlu dielakkan.

Penyelidikan dan Pengurusan

Kajian penyelidikan perniagaan dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada para pengurus untuk menyelesaikan masalah dan menghadapi cabaran persekitaran serta membuat keputusan yang berubah dengan pesat. Penyelidikan Perniagaan banyak membantu pengurus dalam membuat keputusan dan dapat mengurangkan ketidakpastian dalam membuat keputusan. Ia juga mengurangkan risiko dalam membuat keputusan yang salah. Penyelidikan sepatutnya menjadi satu alat untuk membuat pertimbangan dalam pengurusan. Pengurus tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada keputusan penyelidikan. Pengurusan adalah lebih meluas berbanding dengan penyelidikan.

Bidang Penyelidikan Perniagaan

Para pengurus sentiasa menghadapi masalah sama ada kecil atau besar yang mana perlu membuat keputusan bagi menyelesaikannya. Biasanya dalam dunia perniagaan, para pengurus akan menghadapi masalah dalam bidang yang berkait dengan perakaunan, kewangan, pengurusan dan pemasaran. Masalah dalam perakaunan termasuklah sistem kawalan bajet. Manakala dalam bidang kewangan pula, penyelidikan selalunya berkisar pada sistem operasi kewangan institusi, nisbah kewangan optimum, sistem kewangan korporat, gadai janji, gelagat dalam bursa saham stok pertukaran dan sebagainya. Penyelidikan dalam pengurusan pula biasanya berkisar pada kajian dalam sikap dan gelagat, pengurusan sumber manusia, kesan perubahan demografi terhadap perjalanan pengurusan, pengurusan operasi pengeluaran, pengurusan strategi, pengurusan sistem maklumat dan sebagainya. Dalam pemasaran pula penyelidikan berkisar kepada kajian terhadap pengiklanan promosi jualan, pengedaran produk, pembungkusan, penetapan harga, perkhidmatan selepas jualan, gelagat pengguna, pembangunan produk baru dan berbagai lagi dalam aspek pemasaran. Berikut adalah sebahagaian daripada contoh bidang penyelidikan dalam perniagaan.

Jadual 1.1 : Bidang penyelidikan dalam perniagaan

Gelagat pekerja

Pencapaian, ketidakhadiran, pusing ganti pekerja

Sikap pekerja

Kepuasan kerja, kesetiaan terhadap organisasi, komitmen terhadap organisasi.

Pengurusan

Pencapaian dalam penyeliaan, gaya pengurusan pemimpin, perubahan organisasi

Pengurusan sumber manusia

Pemilihan pekerja, pengrekrutan, latihan dan pengekalan pekerja, kesahan dalam sistem penilaian pekerja, sistem pampasan.

Pengurusan strategi

Strategi organisasi, pembentukan strategi dan perlaksanaannya.

Pemasaran

Saluran pengedaran barangan, pengiklanan, keberkesanan strategi pemasaran, kitaran hidup produk, inovasi produk, teguran pelanggan, analisis lokasi, penetapan harga, pembangunan produk baru, peningkatan jualan, bahagian pasaran, keuntungan, pertunbuhan dan keberkesanan.

Kewangan

Keputusan melabur, penilaian firma, polisi dividen, kewangan institusi dan pengoperasian, pelaburan asing.

Perakaunan

Pengutipan akaun belum terima, pembangunan prosedur perakaunan yang berkesan, sistem auditdan sebagainya.

B) JENIS-JENIS PENYELIDIKAN PERNIAGAAN

(Penyelidikan Gunaan Dan Penyelidikan Asas)

Penyelidikan boleh dibahagikan kepada dua tujuan. Pertama, pernyelidikan yang memerlukan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh para pengurus di tempat kerja pada ketika itu. Sebagai contoh, terdapat barangan syarikat yang tidak mendapat tempat di hati masyarakat. Pengurus cuba mengenal pasti apakah sebenarnya yang menyebabkan barangan tersebut tidak laku di pasaran dan cuba untuk memperbetulkan. Penyelidikan ini dinamakan penyelidikan gunaan. Jika sesuatu penyelidikan itu cuba untuk menyumbangkan ilmu pengetahuan yang baru dengan menerangkan bagaimana sesebuah masalah dalam organisasi dapat diselesaikan, maka ia dinamakan penyelidikan asas. Adalah tidak mustahil apabila terdapat organisasi yang cuba untuk mengaplikasikan dapatan dalam penyelidikan asas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Sebagai contoh, terdapat seorang pensyarah cuba untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang menyumbangkan kepada masalah ketidakhadiran pekerja untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai ahli akedemik. Selepas mendapatkan maklumat berkenaan tajuk yang dibuat dari beberapa organisasi dan menganalisis data yang dikutip, maka pensyarah tersebut dapat mengenalpasti beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ketidakhadiran pekerja. Katakan faktor-faktor tersebut adalah seperti seperti waktu kerja yang tidak anjal, latihan yang tidak sesuai dan morale yang rendah di kalangan pekerja. Faktor-faktor yang dikenalpasti oleh pesyarah tersebut dapat digunakan oleh para pengurus bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya di organisasi tempat mereka bekerja.

Maka dengan ini, penyelidikan yang dilakukan dengan mengaplikasikan dapatan yang didapati dari penyelidikan asas bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi sekarang adalah dinamakan penyelidikan gunaan. Penyelidikan gunaan digunakan untuk menambahkan hasil, atau memperbaiki mutu sesuatu pengurusan perniagaan. Jika penyelidikan dilakukan adalah untuk menambahkan jumlah jualan sebuah pasaraya maka ianya bolehlah dikatakan sebagai sebuah penyelidikan gunaan. Ini bermaksud penyelidikan gunaan bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi. Dalam pengurusan perniagaan, penyelidikan gunaan dilakukan untuk menilai peluang-peluang yang terdapat di dalam perniagaan. Kadang-kala penyelidikan gunaan ini adalah penting untuk memperbaiki sesuatu keadaan atau masalah yang dihadapi dalam pengurusan. Ini bermaksud penyelidikan gunaan dilakukan secara langsung ke atas masalah sebenar dan dilakukan di dalam situasi di mana masalah ditemui.

Kebiasaannya penyelidikan gunaan memfokuskan kepada masalah-masalah yang perlu diselesaikan untuk mempertingkatkan amalan pengurusan perniagaan ataupun di dalam bidang Sains Sosial yang lain.

Penyelidikan yang dilakukan semata-mata untuk menambahkan ilmu pengetahuan bagi memahami masalah yang sering dihadapi oleh organisasi di tempat kerja dan mencari kaedah untuk menyelesaikannya adalah dinamakan penyelidikan asas. Ia juga dikenali sebagai penyelidikan tulin (pure research). Dapatan yang didapati daripada penyelidikan dapat menyumbang kepada penambahan kepada ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di dalam perniagaan. Ilmu pengetahuan tersebut pula dapat diaplikasikan oleh organisasi-organisasi perniagaan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ini bermaksud, penyelidikan asas adalah sejenis penyelidikan yang semata-mata untuk menjawab persoalan teoritikal. Penyelidikan ini adalah bersifat abstrak yang mana bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang kehidupan. Ini bermaksud penyelidikan asas adalah merupakan penyelidikan yang menekankan tentang penemuan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan. Ini kerana ia lebih mementingkan dalam penyelesaikan masalah teoritikal. Oleh itu penyelidikan asas tidak mempunyai kesan langsung terhadap tindakan, pencapaian atau keputusan polisi yang ingin dilakukan. Dengan kata lain penyelidikan asas biasanya lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud di dalam bidang perniagaan atau sains sosial dengan lebih mendalam. Penyelidikan asas dapat memberikan sumbangan di dalam mencari sebab dan kesan dari perubahan global. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik asas ini akan dapat menyumbangkan arah penyelesaian bagi meminimakan kesan dari fenomena yang berlaku dan akan membawa kepada beberapa penyelidikan yang lain tentang bagaimana kesan buruk akibat perubahan global dapat diatasi. Contoh lain dalam penyelidikan asas adalah kajian mendalam tentang teori kepimpinan atau teori motivasi oleh ahli psikologi.

Hubungan Antara Penyelidikan Asas Dan Penyelidikan Gunaan

Hasil dapatan ahli penyelidikan asas diaplikasikan dengan segera bagi menyelesaikan masalah, maka ia mempunyai nilai yang sama dengan penyelidikan gunaan. Ini kerana penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan adalah perlu dan berguna di dalam menyumbangkan kebaikan terhadap fungsi sesebuah organisasi. Adalah tidak benar jika kita mengatakan bahawa penyelidikan asas tidak boleh diaplikasikan dengan segera bagi menyelesaikan maslah. Sebenarnya, para pengurus yang memahami proses dan rekabentuk penyelidikan dapat mengambil kesempatan mengimplimantasikan segala cadangan dari dapatan yang diperolehi dalam penyelidikan asas jika ianya adalah bersesuaian dengan keadaan atau situasi organisasi. Dapatan penyelidikan asas yang mempunyai darjah generalisasi yang tinggi juga boleh digunakan oleh ahli penyelidikan gunaan dengan menggunakan pembolehubah-pembolehubah yang sama pada situasi yang berlainan. Dengan lain perkataan, penyelidikan gunaan juga dapat membantu mengesahkan dapatan yang diperolehi dari ahli penyelidikan asas.

Walaupun kita dapat membezakan antara penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan, tetapi sebenarnya terdapat hubungan antara keduanya. Ini kerana penyelidik selalunya menggunakan teori sebagai titik tolak dalam penyelidikan gunaan. Terdapat ahli sains yang menggunakan penyelidikan sebagai asas kepada penyelidikan gunaan. Ada juga ahli sains yang mengunakan penyelidikan asas untuk melakukan penyelidikan gunaan.

Perkara ini berlaku kerana biasanya lahir daripada penemuan yang dibuat dari penyelidikan asas. Pengkaji yang melakukan penyelidikan asas juga ingin mengetahui sejauhmana teori yang ditemuinya dapat diuji oleh ahli penyelidik gunaan. Ini adalah penting kerana jika teori-teori yang ditemui oleh ahli penyelidik asas tidak dapat diuji kerana tidak cukup kuat untuk menerangkan atau menjelas keadaan yang berlaku dengan baik, maka ianya akan difikirkan semula oleh ahli penyelidik asas. Maka dengan ini ahli penyelidikan asas akan sentiasa memperbaiki teorinya supaya ianya benar-benar dapat diuji dan dibuktikan kebenarannya oleh ahli penyelidikan gunaan. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungkait yang kuat antara penyelidkan asas dan penyelidikan gunaan. Penyelidikan gunaan juga dapat menjelaskan teori dalam penyelidikan asas serta dapat merumuskan teori yang baru atau dapat memperluaskan teori yang lama yang telah dibentuk oleh ahli penyelidik asas.

C) PENGURUS DAN PENYELIDIK

Kadangkala ada pengurus yang menjalankan penyelidikan sendiri. Namun begitu terdapat juga pengurus yang tidak dapat menjalankan penyelidikan sendiri yang mana terpaksa menggunakan pakar penyelidik sama ada pakar penyelidik dalam atau pakar penyelidik dari luar organisasi. Apabila berlaku keadaan demikian maka pengurus dan penyelidik mempunyai tanggungjawab masing-masing.

Apabila penyelidikan diperlukan maka pengurus adalah bertanggungjawab menyatakan masalah yang berlaku kepada penyelidik. Ini adalah penting kerana hanya pengurus yang terlibat secara langsung terhadap organisasi atau jabatan yang beliau uruskan. Pengamatan pengurus terhadap apa yang berlaku di organisasi perlu di terang dan dijelaskan kepada penyelidik supaya penyelidik dapat menyiasat sama ada yang diamati oleh pengurus itu adalah benar-benar masalah atau akibat dari masalah tersebut (symptoms).

Pengurus juga adalah bertanggungjawab menyediakan maklumat tentang latarbelakang organisasi atau masalah yang cukup kepada penyelidik. Maklumat latar belakang termasuklah, demografi, kewangan, keadaan tempat kerja dan sebagainya.

Akhir sekali pengurus adalah bertanggungjawab memberikan kebebasas kepada penyelidik untuk menyiasat atau mendapatkan maklumat lain yang berkaitan dengan penyelidikan tersebut. Ini termasuklah kemudahan mengekses maklumat yang berkaitan.

Manakala tanggungjawab penyelidik pula adalah tidak kurang pentingnya terhadap organisasi. Ini kerana penyelidik adalah orang yang telah diberi kepercayaan oleh pihak organisasi maka mesti menjalankan penyelidikan dengan jujur dan bersungguh-sungguh. Di antaranya penyelidik hendaklah menyediakan rekabentuk penyelidikan yang kreatif yang mana menarik perhatian pihak pengurusan. Penyelidik juga bertanggungjawab memberikan jawapan yang terbaik terhadap persoalan-persoalan perniagaan yang penting kepada pihak pengurusan.

Konflik Pengurus-Penyelidik

Kadang-kala terdapat hubungan dan tidak sihat antara pengurus dan penyelidik. Di antara sebab yang berlaku adalah kerana ada pihak pengurusan yang tidak bersedia mendedahkan maklumat yang mencukupi kepada penyelidik. Ini berlaku mungkin kerana ada pengurus yang menganggap penyelidik sebagai ancaman kepada status peribadinya yang mana mereka tidak bersedia untuk menerima perubahan yang bakal berlaku hasil daripada penyelidikan tersebut. Untuk mengatasi masalah ini penyelidik haruslah bijak menimbangkan budaya korporat dan situasi politik syarikat. Penyelidik dan pengurus juga harus bekerja sama dan saling berinteraksi dengan berkesan antara satu sama lain.

D) CIRI-CIRI PENYELIDIKAN SAINTIFIK:

  1. Bermatlamat (Purposiveness).

  1. Teratur dan teliti (Rigour).

  1. Boleh diuji (Testability).

  1. Kebolehulangan (Replicability).

  1. Ketepatan dan aras keyakinan yang tinggi (Accuracy / Precision).

  1. Objektiviti (Objectivity).

  1. Generalisasi. (Generalisability).

  1. Mudah difahami dan diaplikasikan (Parsimony).

  1. Bermatlamat (Purposiveness).

Seseorang pengurus yang ingin melakukan sesuatu penyelidikan hendaklah bermula dengan penetapan matlamat atau tujuan. Ini kerana sesuatu penyelidikan yang saintifik mestilah mempunyai tujuan atau matlamat yang jelas. Jika pengurus tersebut ingin mengkaji bagaimana komitmen dikalangan pekerjanya dapat ditingkatkan, maka ia dapat diterangkan dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, komitmen dapat dijelaskan dengan kadar lantik henti yang rendah, ketidakhadiran yang rendah serta tingkat pencapaian yang tinggi yang mana kesemuanya akan memberikan kebaikan kepada sesebuah organisasi.

Ini bermakna, fokus kajian ialah untuk mencari faktor-faktor yang boleh meningkatkan komitmen pekerja di dalam sesebuah organisasi. Segala maklumat tersebut dapat membantu organisasi menjalankan aktiviti-aktivi yang berkesan bagi meningkatkan komitmen di kalangan para pekerjanya. Dapatan kajian ini juga akan dapat mengurangkan pusing ganti di kalangan pekerja, mengurangkan ketidakhadiran, dan seterusnya akan meningkatkan tahap prestasi organisasi.

  1. Teliti (Rigor).

Asas teori dan rekabentuk kajian yang baik menjadikan tujuan penyelidikan saintifik kelihatan dilakukan secara teratur dan penuh ketelitian. Teliti di sini bermaksud, berhati-hati, cermat dan darjah ketepatan yang tinggi terhadap penyiasatan atau penyelidikan tertentu. Sebagai contoh, jika seorang penyelidik bertanyakan 10 hingga 15 orang pekerja bagi mendapatkan maklumbalas tentang apakah faktor-faktor yang dapat meningkatkan komitmen mereka terhadap organisasi. Jika berdasarkan maklum balas dari 10 hingga 15 orang pekerja itu dijadikan asas kepada kesimpulan yang dibuat, maka keseluruhan penyelidikan itu adalah dianggap tidak saintifik. Ini kerana penyelidikan tersebut tidak dilakukan dengan teliti. Alasannya ialah:

a. Kesimpulan mungkin tidak dibuat dengan betul kerana ia berasaskan kepada pandangan segelintir pekerja sahaja yang mungkin tidak boleh mewakili ke semua golongan tenaga kerja yang ada diorganisasi tersebut.

b. Cara soalan dikemukakan mungkin bias dan mungkin responden memberikan maklumbalas yang tidak tepat.

c. Komitmen sesebuah organisasi yang mungkin tidak diterangkan dengan sampel yang kecil yang mana tidak dapat mewakili populasi yang ingin disasarkan.

Penyelidikan yang teliti juga termasuk asas teoritikal yang baik dan berhati-hati dalam menjalankan penyelidikan. Faktor-faktor ini membolehkan penyelidik mengumpul pelbagai jenis maklumat dari sampel yang bersesuaian dengan darjah kesilapan (bias) yang rendah dan menggunakan analisis yang sesuai bagi memproses data yang telah dikutip.

  1. Boleh diuji (Testability).

Setelah mengumpul data dan membuat pembacaan tentang kajian-kajian yang lepas tentang komitmen dalam organisasi, seseorang pengurus atau penyelidik boleh membangunkan beberapa hipotesis tentang bagaimana komitmen pekerja boleh dipertingkatkan di dalam sesebuah organisasi. Hipotesis tersebut mestilah boleh diuji dengan menggunakan kaedah berstatistik yang bersesuaian.

Sebagai contohnya sekiranya seorang penyelidik membuat hipotesis bahawa terdapat “hubungan yang positif antara peluang untuk naik pangkat dengan darjah komitmen dalam sesebuah organisasi”. Hipotesis ini mestilah dipastikan supaya dapat diuji apabila segala maklumat tentang peluang naik pangkat dan darjah komitmen telah dikutip. Ini bermaksud penyelidik menjangkakan bahawa mereka yang merasakan mempunyai peluang untuk naik pangkat akan lebih komited terhadap sesebuah organisasi. Analisis korelasi dapat digunakan bagi menguji sama ada terdapat hubungan yang positif antara peluang naik pangkat dengan komitmen. Oleh itu kita dapati bahawa hipotesis di atas boleh diuji berdasarkan data yang telah dikutip.

  1. Kebolehulangan (Replicability).

Katakan bahawa seseorang penyelidik itu telah membuat kesimpulan bahawa peluang naik pangkat adalah faktor yang terpenting yang mempengaruhi komitmen pekerja di sesebuah organisasi. Sekiranya kita membuat kajian di organisasi yang lain dan didapati dapatan yang sama diperolehi maka kita mempunyai kepercayaan yang lebih tinggi kepada hasil kajian tersebut. Ini bermakna sesuatu kajian itu adalah dikatakan saintifik apabila kajian yang sama dilakukan di tempat atau organisasi yang lain, kita masih mendapat hasil atau keputusan yang sama.

  1. Ketepatan dan aras keyakinan yang tinggi (Accuracy / Precision).

Dalam penyelidikan perniagaan, kita jarang mendapatkan kesimpulan yang benar-benar tepat berdasarkan analisis data yang telah dijalankan. Kita biasanya akan membuat pengganggaran selang tentang sesuatu yang ingin kita jangkakan. Sesuatu kajian yang saintifik hendaklah mempunyai darjah ketepatan dan kenyakinan yang tinggi. Namun begitu, penyelidik akan mendapati terdapat “trade-off” antara ketepatan dan keyakinan. Ini bermaksud seseorang yang ingin menjangkakan dengan tepat biasanya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Begitu juga sebaliknya, jika seseorang penyelidik yang ingin meningkatkan aras keyakinannya maka beliau mendapati darjah ketepatannya akan berkurangan.

Ketepatan bermaksud berapa hampirnya dapatan kajian, berdasarkan kepada sampel yang dikutip dengan keadaan yang sebenar. Sebagai contoh, katakan kerugian sebenar dalam setahun akibat ketidakhadiran adalah 35 hari. Kita membuat adalah lebih tepat jika kita menganggarkan bahawa dalam masa setahun, akan ada kerugian 30 hingga 40 hari jika dibandingkan dengan anggaran bahawa terdapat kerugian antara 10 hingga 60 hari.

Aras keyakinan pula adalah merujuk kepada kebarangkalian sama ada penganggaran yang dibuat betul ataupun tidak. Pada kebiasaannya penyelidik akan membuat jangkaan bahawa hasil kajiannya adalah 95% betul iaitu di paras keyakinan 95% dan hanya 5% sahaja kemungkinan yang dapatan kita adalah salah. Ini dipanggil aras signifikan .05 (p = .05).

Oleh itu semakin tinggi ketepatan dan aras keyakinan maka semakin saintifiklah sesuatu kajian itu. Ketepatan dan keyakinan dapat ditingkatkan dengan rekabentuk persampelan yang betul.

  1. Objektiviti (Objectivity).

Kesimpulan yang dibuat daripada penterjemahan keputusan analisis data kita mestilah objektif. Ia mestilah berpandukan kepada fakta yang diperolehi daripada data yang sebenar dan bukan daripada nilai emosi atau perasaan kita sahaja. Sebagai contohnya, sekiranya kita telah membuat hipotesis yang mengatakan bahawa lebih tinggi peluang untuk naik pangkat dalam sesebuah organisasi maka semakin tinggi komitmen terhadap organisasi. Namun bergitu ia bukanlah sesuatu penyelidikan yang saintifik jika ia tidak disokong dari dapatan yang sebenar tetapi hanya pandangan penyelidik sahaja. Sekiranya penyelidik masih ingin berpegang kepada pandangan beliau sendiri tanpa mengambil kira hasil kajian yang sebenar, maka kajian itu adalah tidak bermakna.

Adalah sesuatu yang amat buruk jika sesebuah organisasi itu melaksanakan (implimentasi) sesuatu tindakan berdasarkan penyelidikan yang tidak berdasarkan data yang sebenar atau berdasarkan kesimpulan yang tidak berpandukan kepada hasil kajian. Membuat kesimpulan yang tidak berpandukan hasil kajian yang sebenar akan memberi kesan yang buruk kepada organisasi pada peringkat perlaksanaan. Pihak pengurusan atasan mungkin akan membuang banyak masa, tenaga dan menanggung kos perbelanjaan yang tinggi untuk menjalankan program-program yang tidak sepatutnya dijalankan. Ini kerana ada kemungkinan program-program yang dilasanakan tidak dapat meningkatkan komitmen terhadap sesebuat organisasi.

Semakin objektif sesuatu pentafsiran data itu, maka semakin tinggilah darjah saintifik sesuatu kajian tersebut.

  1. Generalisasi (Generalisability).

Generalisasi merujuk kepada skop di mana hasil kajian di sesebuah organisasi boleh diguna atau diaplikasikan terhadap sesebuah organisasi yang lain yang lebih kurang sama situasi atau masalahnya. Semakin tinggi darjah aplikasi sesuatu kajian itu bagi menyelesaikan masalah maka semakin tinggi tahap generalisasinya. Ini bermaksud, semakin saintifiklah kajian tersebut. Sekiranya sesuatu hasil kajian oleh seseorang penyelidik boleh digunakan di industri perkhidmatan atau pembuatan dan juga di industri yang lainnya maka hasil kajian tersebut sangat berguna dan berharga.

Untuk menjalankan sesebuah penyelidikan yang boleh digeneralisasikan secara meluas, sampel kajian perlu lebih besar, maka kos untuk menjalankan penyelidikan itu akan bertambah tinggi. Oleh itu kebanyakan penyelidikan gunaan akan menggunakan sampel di mana hasil kajian boleh digeneralisasikan kepada sesebuah organisasi yang mempunyai situasi dan keadaan yang sama. Ini tidaklah akan menjejaskan darjah saintifik penyelidikan itu. Bagaimanapun, darjah generalisasi mungkin akan berkurangan.

  1. Mudah difahami dan diaplikasikan (Parsimony).

Sebuah penyelidikan yang dapat menerangkan fenomena atau masalah kajian secara mudah adalah lebih baik berbanding dengan penyelidikan yang lebih kompleks yang sukar untuk diimplimentasikan hasil kajiannya.

Contohnya, sekiranya penyelidik dapat mengenalpasti 3 pembolehubah yang apabila diubah akan meningkatkan komitmen pekerja sebanyak 43% adalah lebih berguna dan berharga kepada pengurus berbanding dengan penyelidik memaklumkan bahawa ada 13 pembolehubah yang perlu diubah untuk meningkatkan komitmen pekerja sebanyak 45%.

Oleh itu adalah amat penting bahawa penyelidik benar-benar memahami masalah kajian dan faktor-faktor yang berkaitan dengan masalah tersebut.

Ini boleh dilakukan dengan membuat temubual secara berstruktur atau tidak berstruktur dengan mereka yang terlibat dalam sesuatu situasi yang hendak dikaji dan juga membuat pembacaan mendalam terhadap kajian-kajian yang lepas.

E) KEKANGAN PENYELIDIKAN SAINTIFIK

Adalah agak sukar untuk menjalankan sesuatu penyelidikan yang 100% saintifik. Ini adalah disebabkan:

a. Masalah yang dihadapi dalam pengumpulan dan pengukuran data yang berbentuk subjektif seperti perasaan, emosi, sikap dan persepsi. Ini kerana agak sukar untuk kita memberikan kuantiti kepada kelakuan manusia.

b. Masalah juga timbul apabila kita ingin memperolehi sampel-sampel yang mencukupi dan bersesuaian. Kesilapan dalam persampelan akan menjejaskan generalisasi hasil kajian. Maka dengan ini adalah agak sukar untuk kita memenuhi kesemua ciri-ciri penyelidikan saintifik dengan baik dan sempurna.

F) PENYELIDIKAN DEDUKTIF DAN INDUKTIF

1. Deduktif (Deduction)

2. Induktif (Induction)

Penaakulan Deduktif

Penakulan deduktif bermula dengan generalisasi terlebih dahulu dan penelitian untuk menyokong atau menyangkal generalisasi tersebut. Ini bermakna penakulan deduktif adalah satu bentuk inferens yang membawa kepada kesimpulan. Kaedah ini adalah proses bagi penyelidikan berbentu kuantitatif.

Penaakulan Induktif

Penyelidikan direkabentuk untuk mengenalpasti komponen yang akhirnya boleh menghasilkan satu kesimpulan atau generalisasi. Ini bermaksud penakulan induktif adalah untuk membina kesimpulan dari satu atau lebih fakta. Kaedah induktif ini adalah proses bagi penyelidikan berbentuk kualitatif.

Asas Falsafah Dalam Penyelidikan Perniagaan

Penyelidikan adalah suatu proses yang kompleks. Berdasarkan kepada sifar yang kompleks ini, maka setiap ahli penyelidikan menyatakan perbezaan pendapat tentang bagaimana harus sesuatu penyelidikan dijalankan. Perbezaan ini dapat dikategorikan kepada tiga jenis penyelidkan iaitu penyelidikan positivis, penyelidikan interpretivis dan penyelidikan kritikal.

Penyelidikan positivis

Berdasarkan kepada penyelidikan saintifik, positivisme menekankan bahwa objek yang dikaji harus berupa fakta, dan bahawa kajian harus mengarah kepada kepastian dan kecermatan. Menurut August Comte, penyelidikan dapat dilakukan dengan cara melakukan kajian ilmiah seperti melalui pengamatan, perbandingan, eksperimen, dan kaedah sejarah.

Penyelidikan positivis adalah mementingkan ketepatan, pengukuran yang objektif, dan selalunya berkaitan dengan penyelidikan kuantitatif. Oleh itu penyelidikan positivis selalunya akan mengemukakan penbentukan hipotesis. Penyelidik pula akan cuba menolak hipotesis nol. Kaedah pengumpulan data pula adalah melalui langkah-langkah tertentu yang telah dipiawaikan. Manakala analisis data memerlukan analisis secara kuantitatif atau kaedah analisis berstatistik. Penyelidikan positivis yang baik adalah memerlukan kaedah pengulangan atau dengan kata lain penyelidik-penyelidik lain boleh menjalankan penyelidik sama bagi menyokong atau menyanggah penyelidikan yang lepas.

Penyelidikan positivis akan menggunakan penaakualan deduktif yang mana ia bermula dengan teori dan berakhir dengan keputusan empirikal untuk menerima atau menolak hipotesis null. Dalam penyelidikan ini jenis penaakulan iaitu deduktif digunakan. Bagi menganalisis eksperimen makmal sering digunakan. Borang soal selidik (primer) dan penggunaan data sekunder juga digunakan dalam kaedah pengumpulan data. Analisis data secara kuatitatif diperlukan. Dengan ini analisis berstatistik yang sesuai digunakan dalam penyelidkan jenis ini.

Contoh penyelidikan positivis

Pengurus hal Ehwal Pelajar ingin mendapatkan maklum balas pelajar terhadap perkhidmatan kantin di universiti tersebut. Beliau ingin tahu apakah alasan pelajar datang ke kantin, kekerapan ke kantin, pendapat tentang kualiti makanan dan minnuman serta layanan.

Penyelidikan Interpretivist

Berbeza dengan positivisme, penyelidikan interpretivis menekankan bahwa ilmu yang berasal dari pemahaman intelektual yang dibangunkan atas kemampuan argumentasi secara logik. Oleh itu, perkara penting bagi penyelidikan interpretivis ialah ketajaman dalam empirikal. Pemahaman intelektual dan kemampuan penyelidikan perlu didukung data empirik yang relevan, agar produk ilmu yang berlandaskan penyelidikan interpretivis betul-betul ilmu, bukan mitos. Bagi penyelidikan interpretivis fakta empirik bukan hanya yang sensasi, melainkan ada empiris logik, empiris teoritik, dan empiris etika. Misalnya: ruang angkasa, peninggalan sejarah masa lampau, dan jarak dalam tahun juta cahaya, semuanya merupakan realiti tetapi hanya dapat dihayati secara teoritis. Oleh itu, penyelidikan interpretivis mengakui realiti, empirik teoritik dan empiris logik

Tidak seperti penyelidikan positivis yang mengandaikan manusia berkongsi nilai yang sama penyelidikan interpretivis percaya bahawa pengalaman dan sosial manusia mempunyai arah yang berbeza. Ini bermaksud sistem dan kelakuan manusia terhasil dari interaksi sesama manusia. Penyelidikan interpretivis percaya bahawa dunia ini luas dengan kelakuan manusia yang berbagai ragam. Oleh itu ada realitinya kehidupan sosial manusia adalah sentiasa berubah-ubah. Para penyelidikan interpretivis berminat untuk memahami pengalaman hidup manusia. Dalam penyelidikan ini jenis penaakulan iaitu induktif boleh atau patut digunakan. Bagi menganalisis data, pemerhatian peserta, temuduga; kumpulan fokus atau kajian kes sering digunakan.

Contoh penyelidikan interpretivis

Pengurus sebuah syarikat ingin menyiasat laporan prestasi pengeluaran setiap pekerjanya pada tahun tersebut. Ini kerana dengan cara tersebut beliau dapat menganggarkan pengeluaran pada tahun hadapan. Pengurus tersebut akan memberikan anugerah cemerlang kepada setiap pekerja yang menunjukkan prestasi yang baik dengan harapan motivasi pekerjanya akan meningkat bagi meningkatkan pengeluaran pada tahun berikutnya. Bagaimanapun, kepada para pekerja ia merupakan tekanan untuk meningkatkan prestasi. Ia juga akan menyebabkan ketidakpuasan pekerja yang merasakan berhak menerima anugerah tersebut. Kenyataan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pendapat antara pengurus dan pekerja dalam perkara ini. Ini menunjukkan bahawa sesuatu tindakan yang dilakukan tidak semestinya akan membawa kepada kesan yang kita harapkan kerana manusia mempunyai sifat yang berbagai ragam.

Penyelidikan Kritikal

Tujuan asas penyelidikan kritikal adalah adalah untuk menjadikan manusia lebih baik dari sebelumnya. Pendekatan ini adalah mencakupi makna yang tersembunyi. Dalam penyelidikan jenis ini kehidupan manusia diandaikan adalah tidak statik dan dan boleh dieksplotasi. Manusia mempunyai kuasa untuk mengubah dunia kehidupannya. Mereka yang melakukan penyelidikan ini akan menggunakan kedua-dua jenis penaakulan iaitu deduktif dan induktif. Ia akan mengutamakan pemberian kuasa kepada penyelidik untuk mengubah panduan dan tindakan pengumpulan data. Manakala rekabentuk penyelidikan yang sering digunakan adalah dari jenis eksperimen lapangan atau analisis sejarah.

Contoh penyelidikan kritikal

Penentuan sama ada terdapat hubungan aatau tidak di antara guru dan murid, penyelidik interpretivist mungkin cuba menerangkan interaksi antara guru dan murid. Manakala ahli penyelidik kritikal pula akan melihat isu-isu yang paling penting dalam menentukan hubungan tersebut.

Positivis

Interpretivis

Kritikal

Andaian

Kehidupan adalah suatu sains yang oleh diukur dan melambangkan kepada pengetahuan yang ada.

Dunia adalah suatu sains yang subjektif yang dapat menerangkan konsep.

Kehidupan adalah tidak statik dan dan boleh dieksplotasi.

Tujuan

Meliputi seluruh kehidupan di dunia yang mana dapat digunakan untuk meramalkan aktiviti manusia.

Untuk memahami kehidupan manusia yang berbagai-bagai

Manusia mempunyai kuasa untuk mengubah dunia kehidupannya.

Jenis Penaakulan

Deduktif

Induktif

Deduktif dan Induktif

Perancangan penyelidikan

Teratur, berasaskan kepada hipotesis kajian

Anjal dan mengikut maklumat yang diperolehi dari subjek penyelidikan.

Pemberian kuasa kepada penyelidik untuk mengubah panduan dan tindakan

Kaedah penyelidikan dan jenis analisis

Eksperimen; soal selidik; data sekunder; analisis kuantitatif; analisis berstatistik

Ethnografi; pemerhatian peserta; temuduga; kumpulan focus; kajian kes

Eksperimen Lapangan; analisis sejarah;

Perbandingan antara penyelidikan positivis, interpretivis dan kritikal

Pendekatan Penyelidikan

Terdapat pelbagai cata atau kaedah dalam penyelidikan perniagaan. Namun yang demikian kepelbagaian jenis kaedah penyelidikan yang ada boleh dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kuantitatif. Perbezaan di antara kedua jenis penyelidikan tersebut dapat diterangkan oleh jadual yang dipaparkan. Secara umumnya, penyelidikan kuantitatif menggunakan paradigma penyelidikan positivist, manakala penyelidikan kualitatif pula menggunakan paradigma penyelidikan intepretivist.

Jadual 1.3 Perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif

Penyelidikan Kuantitatif

Penyelidikan Kualitatif

Realiti adalah bersifat objektif dan diketahui dan dapati ianya tidak pelbagai dan berasingan dengan penyelidik.

Realiti adalah bersifat subjektif dan pelbagai perkara boleh dijadikan sebagai peserta dalam pengkajian.

Penyelidik adalah bebas daripada apa yang dikaji

Penyelidik berinteraksi dengan apa yang dikaji.

Penyelidikan diandaikan dapat diukur dan tiada kejadian bias.

Penyelidikan diandaikan tidak dapat diukur dan sentiasa terdedah dengan bias yang mana nilainya adalah bersifat eksplisit.

Bermula dengan teori dan memerlukan penaakulan deduktif.

Teori dapat dikesan atau dibangunkan dan biasanya memerlukan penaakulan induktif.

Hipotesis yang dibentuk oleh penyelidik dapat diuji

Data yang dikumpulkan oleh penyelidik akan dijelaskan dan didedahkan maksudnya.

Konsep dapat dibahagikan kepada beberapa pembolehubah

Konsep akan dijadikan dasar, motif, generalisasi

Alat pengukuran sistematik dibangunkan terlebih dahulu sebelum data dikutip dan dipiawaikan.

Alat pengukuran dibangunkan secara ad hoc.

Data adalah dalam bersifat numerikal melalui ketepatan pengukuran.

Data adalah dalam bentuk perkataan daripada sesuatu dokumen, pemerhatian atau transkrip.

Terdapat banyak kes atau subjek.

Terdapat beberapa kes atau subjek.

Prosedur adalah dipiawaikan dan diandaikan selalu berulang.

Prosedur penyelidikan adalah Research procedures are

spesifik, dan jarang berulang.

Analisis data berstatistik, jadual atau rajah diperlukan dalam membincangkan hubungannya dengan hipotesis kajian.

Analisis dilakukan dengan cara menerangkan tajuk atau generalisasi daripada bukti dan perlu mengorganisasikan data untuk dipersembahkan secara logik dan kadang-kala memerlukan gambar yang dipercayai.

Sumber: Cresswell (1994:5); Neuman (1997:14, 329).

G) ASAS KEPADA ETIKA PENYELIDIKAN

Etika merupakan perkara penting dalam penyelidikan, terutama dalam penyelidikan perniagaan. Etika merupakan suatu kumpulan nilai atau norma yang digunakan oleh suatu kelompok masyarakat untuk mengatur kehidupan bermasyarakat anggotanya. Etika bersifat normatif dan kontekstual. Ini bermakna etika yang digunakan sebagai panduan untuk mengatur kegiatan dunia perniagaan berbeza dengan etika untuk ahli akademik.

Etika penyelidikan perniagaan adalah norma atau aturan yang digunakan untuk memandu penyelidik agar menjunjung tinggi nilai-nilai ilmiah yang berlaku. Penjagaan etika terutamanya harus dilakukan pada saat pengumpulan data dan pengambilan kesimpulan. Masalah etika yang perlu diperhatikan ketika pengumpulan data antara lain:

· Persetujuan subjek penyelidikan untuk menjadi sumber maklumat tanpa paksaan yang biasanya dituangkan dalam suatu surat persetujuan (informed consent) yang ditandatangan oleh subjek penyelidikan dan oleh penyelidik.

· Kerahsiaan identiti subjek penyelidikan dan maklumat yang diberikannya.

· Melaporkan kesemua maklumat tanpa menyembunyikan maklumat yang tidak diinginkan.

Masalah etika dalam analisis dan pengambilan kesimpulan yang harus diperhatikan antara lain adalah:

· Kerahsiaan subjek penyelidikan.

· Laporan hasil analisis yang jujur.

· Pengambilan kesimpulan yang didasarkan pada hasil analisis data.

Etika dalam penyelidikan perniagaan adalah merujuk kepada pengaplikasian kod tertentu sebagai nilai gelagat seseorang penyelidik dalam menjalankan penyelidikan. Kod etika merupakan tatasusila yang memberi peraturan kawalan diri terhadap tingkahlaku ahli sesuatu profesion. Seseorang penyelidk itu sepatutnya faham tentang beberapa prinsip yang mempengaruhi asas etika penyelidikan.

Hubungan antara penyelidikan dan responden (kadang kala dipanggil subjek) adalah unik. Pertama, hubungan itu akan mencipta faedah antara faedah yang didapati oleh keduanya bila kedua-duanya berminat dengan kajian tersebut. Kedua, penyelidik biasanya akan menggunakan segala kemahiran yang ada untuk mendapatkan maklumat dari subjek yang pada mulanya tidak berminat.

Mengikut pandangan consequentialist etika menumpukan kepada apa yang baik dan buruk itu adalah bersangkutan dengan kesan atau akibat sesuatu tindakan. Pandangan ini tergolong dalam pendekatan Utilitarian. Pendekatan utilitarian adalah terbahagi kepada dua iaitu Utilitarian Tindakan dan Utilitarian Peraturan. Mengikut pandangan utilitarian tindakan, Kita perlu melakukan sesuatu tindakan dengan kesan-kesan tindakan yang boleh membawa keseronokan atau memanfaatkan ramai orang. Manakala mengikut pandangan Utilitarian Peraturan, Kita perlu mematuhi peraturan yg dapat memaksimumkan keseronokan bagi semua yg terlibat. Dengan kata lain mengikut pandangan ini penyelidik sepatutnya melakukan sesuatu yang akan memberi kesan kebaikan kepada kebanyakan masyarakat.

Bagaimanapun mengikut pandangan deontological yang berasal daripada perkataan deon (bermaksud: tugas atau kewajipan / duty) sesuatu penyelidikan dikatakan bermoral semata-mata kerana ia difikirkan sebagai bermoral atau baik, dan sebaliknya. Pandangan ini berpendapat semua pertimbangan moral adalah spesifik. Contoh ialah prinsip eksistensialis (prinsip kewujudan) yang menegaskan bahawa nilai buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas.

Contohnya, meletakkan sebuah kamera video yang tersembunyi di bilik rehat para pekerja untuk mendapatkan maklumat tentang kepuasan/ketidakpuashatian para pekerja adalah tindakan BERMORAL jika ia dilakukan atas pilihan sendiri. Sebaliknya, pilihan individu menjadi TIDAK BERMORAL jika kerana terpaksa. Pandangan ini berpendapat tindakan BERMORAL ialah tindakan yang sesuai dengan peraturan. Sebagai contoh: prinsip subjektiviti menyatakan bahawa manusia memilih untuk menjadi diri sendiri. Kita memilih segala yang baik, dan tidak ada yang boleh menjadi baik untuk dia sendiri tanpa menjadi baik untuk orang lain.

Walaupun penyelidik-penyelidik menjalankan kerjanya dengan tekun dan minat, mereka sepatutnya memikirkan tentang layanannya kepada para responden. Individu-individu yang telah dipilih sebagai responden hendaklan dilayan dengan baik dan berkesan supaya ia akan memberikan kesan yang benar-benar bermakna dalam sesuah penyelidikan yang dijalankan.

Menurut Ehrich (2000), terdapat tiga jenis tanggungjawab yang perlu ada dalam diri seseorang penyelidik. Pertama, tanggungjawab profesional yang menumpukan kepada membantu menetapkan piawai seseorang profesional. Contoh tanggungjawab seperti ini adalah termasuk dalam keseluruhan komponen yang berada dalam tanggungjawab sosial. Mengelak dari melakukan kesalahan seperti pencabulan dari segi plagiarism dan penipuan adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial. Kedua adalah tanggungjawab korporat. Ia adalah tanggungjawab terhadap penaja (sponsor) sesuatu projek penyelidikan. Dalam kebanyakan kes, tanggungjawab ini adalah bertumpu kepada tanggungjawab terhadap organisasi atau pengurus yang menaja sesuatu kajian. Di antaranya ialah tanggungjawab dalam melakukkan penyelidikan dengan penuh teliti dan berkualiti dan tanggungjawab menjaga hasil dapatan agar tidak bocor kepada pesaing penaja (sponsor). Ketiga adalah tanggungjawab moral. Tanggungjawab moral adalah menumpukan kepada hubungan antara penyelidik dan subjek atau responden. Ini menunjukkan bahawa para penyelidik mempunyai tiga jenis tanggungjawab iaitu tanggungjawab terhadap sosial atau masyarakat, tangungjawab terhadap penaja (sponsor) dan tanggungjawab terhadap responden (subjek) yang menjadi tumpuan penyelidikan. Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam interaksi dengan manusia ini dinamakan etika. Di antaranya ialah menjaga keselamatan responden baik dari segi fizikal, psikologikal dan nyawa dan undang-undang.

Jadual 1.4: Contoh tanggungjawab penyelidik terhadap sosial, korporat dan moral.

Tanggungjawab sosial

Tanggungjawab korporat

Tanggungjawab moral

Ø Mengelak diri dari melakukan plagarism

Ø Tidak jujur

Ø Pembohongan

Ø Melakukkan penyelidikan dengan penuh teliti dan berkualiti.

Ø Menjaga hasil dapatan agar tidak bocor kepada pesaing penaja (sponsor).

Ø Menjaga keselamatan responden baik dari segi fizikal, psikologikal dan nyawa dan undang-undang.

2 comments:

  1. TQVVVVVMY for the information!..best sangat coz all info dpt guide sya done my assgmnt dengan baik...(~_~)

    ReplyDelete
  2. thanx for the info....sgt membantu utk wat exam esok... :)

    ReplyDelete