Wednesday, November 24, 2010

Pembangunan Kerangka Teori terhadap Prestasi Kerjaya Staf Akademik Universiti Penyelidikan

Pembangunan Kerangka Teori terhadap Prestasi Kerjaya Staf Akademik Universiti Penyelidikan

Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan suatu kerangka teori untuk mengukur prestasi kerjaya staf akademik di universiti penyelidikan. Landasan teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori kerjaya sosial kognitif dan teori sosial kognitif. Bagi melakukan pencarian literatur, beberapa kata kunci telah dikenalpasti, iaitu kejayaan kerjaya, prestasi kerjaya, staf akademik, pensyarah, kejayaan kerjaya objektif dan subjektif, dan pembangunan kerjayaan. Kajian ini juga telah menggunakan beberapa mesin pencari atau database elektronik yang terdapat di perpustakaan universiti, seperti Emerald, EBSCOHost, SAGE, Science Direct dan ScienceDirect. Ia digunakan bagi mencari dapatan dari kajian-kajian lepas yang boleh digunakan bagi menyokong rangkakerja teoritikal yang bakal dibangunkan. Kajian ini meramalkan tiga faktor yang bakal mempunyai potensi ramalan terhadap prestasi kerjaya. Ketiga-tiga faktor tersebut adalah yang bakal menyumbang terhadap prestasi kerjaya adalah faktor perbezaan individu berkaitan, faktor organisasi, faktor-faktor yang berkaitan dengan gelagat. Kajian ini juga meramalkan tentang kewujudan pembolehubah mediating yang yang menjadi penghubung antara pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar. Prestasi kerjaya pula harus dioperasionalkan dengan menggunakan kedua-dua dimensi prestasi kerjaya objektif dan subjektif. Penyelidikan ini adalah sejenis penyelidikan eksplorasi kerana dapatan hanya berdasarkan tinjauan pustaka. Oleh itu pengajian secara empirikal diperlukan untuk mengetahui potensi ramalan daripada tiga faktor utama (faktor perbezaan individu yang, faktor organisasi dan faktor-faktor gelagat) terhadap prestasi kerjaya staf akademik di universiti penyelidikan. Ia juga diperlukan bagi mengenalpasti kewujudan pembolehubah meaditing yang menjadi penghubung antara pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Kajian ini mempunyai beberapa implikasi yang berguna terutamanya dalam memperkuat rangka pembangunan sumber manusia melalui pembangunan organisasi, latihan dan pembangunan personal dan pembangunan kerjaya. Ia juga diharap dapat mengembang dan membongkar potensi individu yang mempunyai kecenderungan untuk berjaya dalam kerjaya yang diceburi (kejayaan kerjaya objektif dan subjektif). Di antara sumbangan kajian ini adalah dari segi pembangunan kerangka teori yang menghuraikan potensi ramalan daripada tiga faktor utama dan pembolehubah mediating yang berpotensi menentukan prestasi staf akademik di universiti penyelidikan. Kesemua pembolehubah dapat dikembangkan melalui amalan-amalan pembangunan sumber manusia.

No comments:

Post a Comment