Tuesday, September 21, 2010

Rekabentuk eksperimen

Reka bentuk ini biasanya dikenali sebagai “kajian bandingan kumpulan” (group comparison studies) disebabkan pengkaji membandingkan kumpulan-kumpulan dari segi satu atau lebih hasil (outcomes) eksperimen. Eksperimen juga disebut sebagai “kajian ubahan” (intervention studies) sebab kita ”mengubah” atau memanipulasikan variabel. Pengkaji akan mereka-bentuk eksperimen untuk mendapatkan kesan variabel takbersandar (independent variable) yang maksimum ke atas variabel bersandar (dependent variable), dan pada masa yang sama, meminimumkan kesan faktor-faktor ekstranus (extraneous factors).

Terdapat dua jenis rekabentuk Ex-Post Facto iaitu kajian lapangan dan kajian tinjauan. Manakala bagi rekabentuk eksperimental pula terdapat Eksperimen lapangan lapangan (field experiment) dan eksperimen makmal (lab experiment)

i. Eksperimen lapangan
Eksperimental lapangan merupakan penyelidikan yang dilakukan dengan menggunakan keadaan persekitaran yang sebenar di mana penyelidik melakukan campur tangan dan melakukan manipulasi terhadap pembolehubah bebas.

ii. Eksperimen makmal
Eksperimen makmal menggunakan keadaan persekitaran tiruan dalam melakukan penyelidikannya. Dengan menggunakan rekabentuk ini, penyelidik melakukan campur tangan dan manipulasi pembolehubah-pembolehubah bebas serta memungkinkan penyelidik melakukan kawalan terhadap aspek-aspek kesalahan utama.

a. Kesahan Dalaman
Kesahan dalaman adalah darjah di mana hasil-hasil penyelidikan dapat dipercayai akan kebenarannya. Kesahan dalaman merupakan perkara asas yang mesti dipenuhi jika penyelidik inginkan hasil kajiannya bermakna. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa perkara yang menjadi perhatian penyelidik bagi memperolehi kesahan dalaman.

• Sejarah (History): Faktor ini terjadi ketika kejadian-kejadian luaran dalam penyelidikan yang dilakukan akan mempengaruhi hasil-hasil penyelidikan.
• Kematangan (Maturation): Adanya perubahan-perubahan yang terjadi pada diri responden dalam waktu tertentu, seperti pertambahannya usia ataupun faktor kepenatan dan kebosanan.
• Ujian (Testing): Kesan-kesan yang dihasilkan dalam proses yang sedang dikaji dapat mengubah sikap ataupun tindakan responden.
• Instrumentasi: Kesan yang terjadi disebabkan oleh perubahan-perubahan alat ukur dalam penyelidikan.
• Pemilihan: Kesan tiruan di mana prosedur pemilihan mempengaruhi hasil-hasil kajian.
• Mortaliti: Kesan yang disebakan oleh kehilangan responden yang dikaji.

b. Kesahan Luaran (External Validity)
Kesahan luaran ialah tahap di mana hasil-hasil penyelidikan dapat digeneralisasi pada populasi, persekitaran dan perkara-perkara lain dalam keadaan yang hampir sama. Perkara-perkara yang menjadi sumber-sumber kesahan luaran ialah:

• Interaksi ujian: Kesan-kesan tiruan yang dibuat dengan menguji responden akan mengurangkan generalisasi kepada keadaan di mana tidak ada pengujian pada responden.
• Interaksi pemilihan: Kesan di mana jenis-jenis responden yang mempengaruhi hasil-hasil kajian akan mempengaruhi generalisasinya.
• Interaksi Setting: Kesan tiruan yang dibuat dengan menggunakan persekitaran tertentu dalam penyelidikan tidak dapat diulang dalam keadaan-keadaan lain.

No comments:

Post a Comment